Cerite Melayu
this site the web

New Movies

image
image
image
Sedalam mana luka itu, aku tetap memaafkanmu. Kerana aku tahu,aku juga tidak sempurna untuk menyempurnakan hidupmu. hampirilah aku, jika saat itu, kau perlukan aku. Kerana aku sedia disini untuk menemani mu, mendengar resahmu, menangisi lukamu. maafkan aku kerana tidak mampu memenuhi segala isi ruang hatimu yang amat membutuhkan aku. seikhlas hatiku menerima mu dalam hidupku. kerana hidupku tak lengkap tanpa mu disisi.

Sinopsis : Apa Tengok Tengok

APA TENGOK-TENGOK


Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang bagaimana seorang pengetua yang bernama cikgu Zaaba, berusaha untuk membentuk sikap dan perangai lapan orang pelajar yang mewakili dua kumpulan atau kelompok kaya dan sederhana. Permusuhan yang berterus selama bertahun-tahun ini berubah apabila seorang pelajar cemerlang dari KL namanya Adriana Abdullah. Ibu Adriana, Syafinaz adalah kawan guru disiplin sekolah tersebut iaitu cikgu Fadzilah. Cikgu itu adalah seorang guru yang mengambil berat tentang para pelajarnya terutama mereka ini semua. Pertelingkahan antara kumpulan Shariff dan Daniel bermula apabila kumpulan Daniel bertembung dengan Shariff yang sedang menunggang motosikal arwah datoknya. Mereka mengejek-ejek Shariff dan memalukan dia di jalan raya.

Shariff meminta kawan-kawannya untuk membantu mengenakan kumpulan Daniel dengan memancitkan tayar keretanya. Kenakalan mereka bertambah lagi Adriana masuk belajar di sekolah tersebut dan menjadi rakan sekelas mereka. Dua kumpulan Daniel dan Shariff terus bersengketa sehingga menyebabkan cikgu Zaaba mahu membatalkan majlis perayaan Hari Guru. Ini kerana mereka tidak boleh bekerjasama untuk membuat persembahan bagi mewakili kelas mereka. Akhirnya setelah cikgu Zaaba merajuk, mereka dengan sendirinya berbaik dan kemudian menjadi pelajar yang dicontohi dan dihormati kerana mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan dalam pertandingan bakat 1 Malaysia.

Namun sepanjang sesi persekolah itu, pelbagai perkara telah berlaku. Yang paling menggerikan apabila Shariff hamper ditembak oleh Bro Joe iaitu seorang Pengedar Dadah yang menyamar sebagai Ahli Perniagaan MLM yang berjasa. Kerana mahukan kemewahan dan keinginan yang kuat untuk memiliki alat muzik sendiri, Shariff dan rakan-rakannya bekerja sambilan dengan bro Joe dengan menjadi budak penghantar barangan kesihatan kepada para pelanggan bro Joe. Mujur ada pameran anti-dadah di sekolah mereka. Akhirnya mereka mendapati bahawa barangan kesihatan yang dijual oleh bro Joe rupa-rupanya adalah dadah. kerana takut ditangkap, mereka berempat membuang bungkusan yang disuruh hantar kepada pelanggan oleh bro Joe.

Perbuatan mereka itu menyebabkan bro Joe hilang pertimbangan dan menyebabkan sekumpulan pelajar kelas tingkatan 1 bersama-sama dengan guru kelas ditawan sebagai tebusan agar pihak polis membebaskannya. Ketika peristiwa ini berlaku, Shariff tercedera di kepala akibat dihentak dengan pistol oleh bro Joe. Akibat kejadian tersebut, budak-budak memenangi pertandingan musik dari KL. Kemenangan mereka disambut oleh semua termasuk ibubapa mereka. Namun tragedy menimpa sekolah mereka lagi apabila salah seorang pelajar tingkatan 1 disahkan menghidap brain tumour dan mereka terpaksa mengumpulkan tabung perubatan untuk Amran sebanyak RM150,000.00. Dato Dani menjadi orang pertama yang menderma dan diikut dengan konsert khas untuk Amran.

Apa Tengok Tengok part 1

Apa Tengok Tengok part 2

Apa Tengok Tengok part 3

Apa Tengok Tengok part 4

Apa Tengok Tengok part 5

Apa Tengok Tengok part 6

Apa Tengok Tengok part 7

Sinopsis : Awek Aku Pontianak

AWEK AKU PONTIANAK
Sinopsis :
Percintaan dua dunia berbeza... Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob (Zaharil), berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan, di bawah penyeliaan Faizal (Rashidi Ishak). Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartmen lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik, iaitu Maya (Sazzy) dan Liyana (Liyana Jasmay). Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti Pontianak mereka terbongkar.
Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh Pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran Pontianak dipejabatnya.
Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah Pontianak.
Tapi... keadaan menjadi kacau apabila datang lagi seorang lagi Pontianak; Nadia (Nurul Wahab). Datang dari Johor ke KL, semata-mata nak cari Maya. Kehadiran Nadia banyak mengucar-kacirkan kehidupan Maya, Liyana dan Bob.

awek aku pontianak part 1 [Asumodeusu]


awek aku pontianak part 2 [Asumodeusu]


awek aku pontianak part 3 [Asumodeusu]


awek aku pontianak part 4 [Asumodeusu]


awek aku pontianak part 5 [Asumodeusu]


awek aku pontianak part 6 [Asumodeusu]


awek aku pontianak part 7 [Asumodeusu]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Blog

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies