Cerite Melayu
this site the web
Sedalam mana luka itu, aku tetap memaafkanmu. Kerana aku tahu,aku juga tidak sempurna untuk menyempurnakan hidupmu. hampirilah aku, jika saat itu, kau perlukan aku. Kerana aku sedia disini untuk menemani mu, mendengar resahmu, menangisi lukamu. maafkan aku kerana tidak mampu memenuhi segala isi ruang hatimu yang amat membutuhkan aku. seikhlas hatiku menerima mu dalam hidupku. kerana hidupku tak lengkap tanpa mu disisi.

Sinopsis : Jangan Pandang Pandang

Jangan Pandang Pandang
Sinopsis :
Empat pelajar kolej iaitu Ajis (Zizan Razak), Ben (Nas-t), Yaya (Sara Ali) dan Diana (Anith Aqilah) ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan kelima, Marsha (Miera Liyana), seorang gadis gothik yang penuh misteri.

Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri yang dikenali sebagai Ang Bob (Azhar Sulaiman). Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Abang Bob tiba-tiba menghilangkan diri, manakala bot pula tiada minyak. Ketika mencari bantuan, mereka sesat di hutan dan tidak menemui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot. Akhirnya mereka terpaksa bermalam dan berdepan dengan pelbagai gangguan.

Jangan Pandang Pandang part 1

Jangan Pandang Pandang part 2

Jangan Pandang Pandang part 3

Jangan Pandang Pandang part 4

Jangan Pandang Pandang part 5

Jangan Pandang Pandang part 5

Sinopsis : Bunohan

Bunohan
Sinopsis :
BUNOHAN adalah sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. 'Bunga Lalang' atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut.

Ilham, seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan.

Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.

Bunohan part 1

Bunohan part 2

Bunohan part 3

Bunohan part 4

Bunohan part 5

Bunohan part 6

Bunohan part 7

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Blog

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies