Cerite Melayu
this site the web
Sedalam mana luka itu, aku tetap memaafkanmu. Kerana aku tahu,aku juga tidak sempurna untuk menyempurnakan hidupmu. hampirilah aku, jika saat itu, kau perlukan aku. Kerana aku sedia disini untuk menemani mu, mendengar resahmu, menangisi lukamu. maafkan aku kerana tidak mampu memenuhi segala isi ruang hatimu yang amat membutuhkan aku. seikhlas hatiku menerima mu dalam hidupku. kerana hidupku tak lengkap tanpa mu disisi.

Sinopsis : Songlap

SONGLAP
Sinopsis :
Filem Songlap mengisahkan kehidupan penuh pancaroba dua orang adik beradik yang sememangnya dilahirkan di dalam dunia gelap atau anak jalanan. Kisah Am dan Ad yang mempunyai kehendak dan juga personaliti yang berbeza namun disatukan atas satu tujuan yang sama. Mereka berdua telah bekerja dan bersekongkol dengan sindiket menjual bayi yang dikendalikan oleh Mama dan juga kuncu-kuncunya.

Namun keperluan dan juga kehendak mereka sangat berlainan. Si abang sibuk mengumpul duit untuk melangsaikan hutang-hutangnya dan dalam masa yang sama masih lagi terlibat di dalam kancah perjudian. Manakala, si adik pula yang baru kehilangan rakan baiknya Razak kepada najis dadah telah menanam semangat baru ketika dia melalui dua penolakan yang major di dalam hidupnya. Satu, ketika dia berjumpa dengan wanita yang disangka ibunya itu, yang juga merupakan seorang pelacur itu tidak tahu bahawa Ad adalah anaknya. Kedua pula ketika dia tidak berjaya memenangi wang hadiah dari pertandingan menari.

Namun, perjumpaan mereka dengan Hawa, adik kepada Razak yang sedang melarikan diri daripada ayahnya sendiri telah mengubah perjalanan hidup mereka. Ad sememangnya tidak setuju dan simpati dengan nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Sehingga Ad sedar bahawa dia perlu menyelamatkan Hawa dari dijual bersama dengan anak luar nikah yang dikandung Hawa. Ad dengan niat dan tekad membawa Hawa keluar dari klinik tersebut dan telah meletakkan nyawa Am juga di dalam bahaya.

Setelah Am menyaksikan pembunuhan kejam Abang Mat oleh Keong yang juga telah meletakkan Am di dalam satu ancaman lain. Namun, pergolakan antara dua beradik ini menjadi semakin hebat apabila Ad ingin membawa Hawa dan anaknya keluar dari kancah pemerdangan manusia itu. Akibatnya, Ad dan Am diancam oleh kuncu-kuncu Mama yang mengarahkan agar mereka semua dibunuh. Mampukah dua beradik ini berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan berjayakah mereka berdua melarikan diri? Apa pula akan terjadi kepada kehidupan dua beradik ini dan Hawa? Saksikan di pawagam yang berhampiran!

Songlap part 1

Songlap part 2

Songlap part 3

Songlap part 4

Songlap part 5

Songlap part 6

Songlap part 7

Sinopsis : Datin Ghairah

DATIN GHAIRAH
Sinopsis :
DATIN GHAIRAH adalah balu kepada arwah DATO MAHFUZ seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia. EMELIA dan EMELDA adalah hasil perkongsian hidupnya selama hamper 20 tahun bersama Dato Mahfuz. Walaupun hidup dalam serba kemewahan, meraka berdua amat lemah dalam pelajarannya terutamanya mata pelajaran matematik,ini membuatkan Datin Ghairieyah mengarahkan setiausaha kerjanya MELISSA mencari seorang guru yang boleh mengajar mata pelajaran matematik melalui internet dan iklan dalam akbar tempatan.

Selama hampir dua tahun status janda yang disandang oleh Datin Ghairieyah sedikit pun tidak melemahkan dirinya untuk meneruskan empayar perniagaan peninggalan arwah suaminya Dato Mahfuz,dia semakin ghairah untuk memperluaskan empayer perniagaan dengan bantuan CAPT.(R)LOQMAN seorang bekas pegawai TLDM yang berpengalaman serta mendapat sokongan daripada CIK MELISA sebagai setiausaha kerjanya,ENCIK FAIZAL dan ENCIK HAIRIE penyelia di syarikatnya.

Kehidupan seharian Datin Ghairieyah dan anak-anaknya bertambah terjamin dengan adanya seorang pegawal peribadi yang bernama BADRI atau lebih dikenali sebagai BOB. SUFIAN seorang ahli perniagaan,dia juga merupakan rakan karib arwah DATO MAHFUZ.SUFIAN sedaya upaya cuba untuk memikat DATIN GHAIRIEYAH demi kepentingan perniagaannya.

Datin Ghairah part 1

Datin Ghairah part 2

Datin Ghairah part 3

Datin Ghairah part 4

Datin Ghairah part 5

Datin Ghairah part 6

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Blog

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies