Cerite Melayu
this site the web
Sedalam mana luka itu, aku tetap memaafkanmu. Kerana aku tahu,aku juga tidak sempurna untuk menyempurnakan hidupmu. hampirilah aku, jika saat itu, kau perlukan aku. Kerana aku sedia disini untuk menemani mu, mendengar resahmu, menangisi lukamu. maafkan aku kerana tidak mampu memenuhi segala isi ruang hatimu yang amat membutuhkan aku. seikhlas hatiku menerima mu dalam hidupku. kerana hidupku tak lengkap tanpa mu disisi.

Sinopsis : Ombak Rindu

OMBAK RINDU
SINOPSIS :
Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari.Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures.

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Ombak Rindu part 1

Ombak Rindu part 2

Ombak Rindu part 3

Ombak Rindu part 4

Ombak Rindu part 5

Ombak Rindu part 6

Ombak Rindu part 7

Ombak Rindu part 8

Sinopsis : Paradise Kiss 2011

PARADISE KISS 2011
Synopsis :
Yukari Hayasaka (Keiko Kitagawa) is a high school student who has become tired of her life of constant schooling. She then comes across a group of student fashion designers in need of a model for their "Paradise Kiss" clothing label. Yukari knows nothing about the fashion world and is taken back by the group's eccentric ways, but she soon comes to admire their free thinking ways and ability to pursue their dreams with a one track mind.














Subtitle : http://subscene.com/Paradise-Kiss-Paradaisu-kisu/subtitles-91408.aspx

Sinopsis : Sumpahan puaka

SUMPAHAN PUAKA
Sinopsis:
Shamsudin adalah seorang pelukis.
Beliau bercadang untuk memasuki ke sebuah kampung untuk mencari ilham untuk melukis.
Setelah berada di kampung itu untuk beberapa hari, Shamsudin mengalami pelbagai insiden yang pelik.
Mak Jah berjaya memaksa Shamsudin untuk bersumpah supaya akan sentiasa menjaga Mak Jah.
Shamsudin mula merasa pelik apabila ada yang memberitahu bahawa Mak Jah sebenarnya telah mati…

Sumpahan puaka part 1

Sumpahan puaka part 2

Sumpahan puaka part 3

Sumpahan puaka part 4

Sumpahan puaka part 5

Sinopsis : Detective conan The movie 15 - Quarter of Silence

DETECTIVE CONAN THE MOVIE 15 - QUARTER OF SILENCE 2011
Info:
Detective Conan: Quarter of Silence (2011) mHD BluRay DD5.1 x264-EPiK
 Release Date].....................[: 16 April 2011 (Japan)
Genre]...................................[: Animation
Cast].....................................[: Minami Takayama, Wakana Yamazaki and Rikiya Koyama
Quality]................................[: BluRay 720p
Encoder]..............................[: Hy2504@Hnmovies
Source]................................[: BluRay 720p AC3 x264-CHD
Complete name].................[: Detective Conan 15 Quarter of Silence 2011 BluRay 720p x264 700MB Hnmovies mkv
Format]................................[: Matroska
Format version]..................[: Version 2
File size]..............................[: 699 MiB
Duration].............................[: 1h 49mn
Overall bit rate ].................[: 894 Kbps

 Synopsis:
The governor of Tokyo gets a threat letter and the subway he later travels on explodes and kills him.
 As Conan investigates, he realizes that this present day mystery ties in with a mystery that occurred eight years ago in a mountain town.
 A young boy by the name of Touma Tachihara fell into an abyss and lost consciousness.
 He had only just awoken, but remembers nothing of his past.
 Conan soon realizes that the key to solving this mystery lies within the boy's forgotten past, and tries desperately to revive Touma's memories.
 But an even darker threat looms ahead as a large dam located near the mountain town is rigged with time bombs and there are only fifteen minutes before all the bombs blow and the town is crushed in a torrent of water.
 In a desperate race against time, Conan must perform one of his most daring rescue missions and cheat death in this heart-pounding survival mystery.
Can he beat the clock, or will things melt under the storm? Find out as the clock is ticking on the Quarter of Silence!














Sinopsis : Misteri Jalan Lama

MISTERI JALAN LAMA
Sinopsis :
Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada Ah Long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.

Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi mereka berdua ? siapakah sebenarnya mereka ? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ? Nantikan filem Fantasi Drama pertama arahan Afdlin Shauki ini yang bakal menemui penonton pada 24 November 2011.

Misteri Jalan Lama part 1

Misteri Jalan Lama part 2

Misteri Jalan Lama part 3

Misteri Jalan Lama part 4

Misteri Jalan Lama part 5

Misteri Jalan Lama part 6

Misteri Jalan Lama part 7

Sinopsis : Rasuk

RASUK
Sinopsis :
Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan teguh dengan keceriaan penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman, seorang pengarah fotografi bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut yang cukup indah dan tenang jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.

Setelah kejadian itu Melati berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan. Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu. Zaiton, ibu Melati yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut. Kejadian itu benar-benar mengejutkan Melati dan Arman. Peristiwa itu juga umpama menghidupkan sesuatu yang sudah lama ‘mati’. Setelah kejadian itu, Melati banyak mengelamun dan berkhayal sendiri. Dia sebenarnya telah dirasuk oleh roh jahat yang cuba untuk membalas dendam yang secara tidak sengaja telah di’bangkit’kan oleh Melati. Keadaan bertambah rumit apabila Melati diganggu makhluk itu semasa ketiadaan Arman. Melati telah di cabul tanpa disedari. Akibat dari itu, Melati tidak bermaya dan tubuh badannya terdapat kesan-kesan lebam. Doktor berpendapat yang Melati miliki dua personaliti yang mana dia mampu mencederakan dirinya untuk kepuasan. Arman sama sekali menyangkal dakwaan itu. Arman yang keliru lalu menuduh semua yang berlaku adalah angkara Mail si tukang kebun. Namun begitu Melati menidakkannya kerana Mail membantunya ketika dia dalam keadaan di’ganggu’.

Mail, tukang kebun yang ‘bodoh-bodoh alang’ telah lama berkhidmat di rumah tersebut dan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selepas kejadian itu kehidupan Arman dan Melati diganggu oleh makhluk tersebut. Arman diganggu tanpa disedari apabila makhluk tersebut berupa seperti Melati. Arman terpedaya sehingga mampu meragut nyawanya ketika berada di dalam hutan di belakang banglo tersebut. Arman kemudiannya telah diselamatkan oleh orang asli.

Arman semakin runsing, akhirnya dia dibantu oleh Ustaz Ghazali untuk menyelesaikan gangguan tersebut. Ustaz Ghazali sememangnya sedari awal sudah mengetahui keadaan banglo tersebut melihat kepada hal-hal ganjil yang berlaku terhadap Arman dan Melati. Mail akhirnya membongkar cerita bahawa semasa zaman pemerintahan Jepun, seorang tentera Jepun telah digantung sehingga mati di rumah tersebut kerana cuba menggoda gadis Melayu bernama Melati. Melati berjaya memperdaya tentera Jepun tersebut dengan ‘menggoda’nya ke bilik. Di dalam bilik tentera tersebut telah ditangkap dan dibunuh. Sejak dari kejadian itu keluarga Melati tidak tinggal di situ lagi. Akhirnya dengan bantuan Ustaz Ghazali dan berbekalkan ilmu dan ayat-ayat suci Al Quran akhirnya roh jahat yang menganggu tewas.

Rasuk part 1

Rasuk part 2

Rasuk part 3

Rasuk part 4

Rasuk part 5

Rasuk part 6

Sinopsis : Aku Bukan Tomboy

AKU BUKAN TOMBOY
Sinopsis :
Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy Farisa yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.

Di samping mengharungi lamunan percintaan dengan Harry dan Burn, Farisa turut tidak terlepas dari kecaman dan gangguan golongan ‘pengkid’ seperti Bell dan Sam. Farisa rupa-rupanya menjadi rebutan kepada Bell dan Sam yang mahu menjalinkan hubungan intim dengannya seperti pasangan bercinta. Farisa bosan dan rimas kerana enggan terjebak dengan hubungan songsang.

Persoalannya adakah terlalu sukar buat si gadis Tomboy untuk merasai kehidupan sebagai gadis normal yang bencikan hipokrasi demi memiliki cinta sejati? Sememangnya terlalu besar pengorbanan yang dituntut. ‘Aku Bukan TOMBOY’ sebuah filem bergenre komedi romantik bakal menjawab segalanya

Aku Bukan Tomboy part 1

Aku Bukan Tomboy part 2

Aku Bukan Tomboy part 3

Aku Bukan Tomboy part 4

Aku Bukan Tomboy part 5

Aku Bukan Tomboy part 6

Aku Bukan Tomboy part 7

Sinopsis : Apa Tengok Tengok

APA TENGOK-TENGOK


Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang bagaimana seorang pengetua yang bernama cikgu Zaaba, berusaha untuk membentuk sikap dan perangai lapan orang pelajar yang mewakili dua kumpulan atau kelompok kaya dan sederhana. Permusuhan yang berterus selama bertahun-tahun ini berubah apabila seorang pelajar cemerlang dari KL namanya Adriana Abdullah. Ibu Adriana, Syafinaz adalah kawan guru disiplin sekolah tersebut iaitu cikgu Fadzilah. Cikgu itu adalah seorang guru yang mengambil berat tentang para pelajarnya terutama mereka ini semua. Pertelingkahan antara kumpulan Shariff dan Daniel bermula apabila kumpulan Daniel bertembung dengan Shariff yang sedang menunggang motosikal arwah datoknya. Mereka mengejek-ejek Shariff dan memalukan dia di jalan raya.

Shariff meminta kawan-kawannya untuk membantu mengenakan kumpulan Daniel dengan memancitkan tayar keretanya. Kenakalan mereka bertambah lagi Adriana masuk belajar di sekolah tersebut dan menjadi rakan sekelas mereka. Dua kumpulan Daniel dan Shariff terus bersengketa sehingga menyebabkan cikgu Zaaba mahu membatalkan majlis perayaan Hari Guru. Ini kerana mereka tidak boleh bekerjasama untuk membuat persembahan bagi mewakili kelas mereka. Akhirnya setelah cikgu Zaaba merajuk, mereka dengan sendirinya berbaik dan kemudian menjadi pelajar yang dicontohi dan dihormati kerana mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan dalam pertandingan bakat 1 Malaysia.

Namun sepanjang sesi persekolah itu, pelbagai perkara telah berlaku. Yang paling menggerikan apabila Shariff hamper ditembak oleh Bro Joe iaitu seorang Pengedar Dadah yang menyamar sebagai Ahli Perniagaan MLM yang berjasa. Kerana mahukan kemewahan dan keinginan yang kuat untuk memiliki alat muzik sendiri, Shariff dan rakan-rakannya bekerja sambilan dengan bro Joe dengan menjadi budak penghantar barangan kesihatan kepada para pelanggan bro Joe. Mujur ada pameran anti-dadah di sekolah mereka. Akhirnya mereka mendapati bahawa barangan kesihatan yang dijual oleh bro Joe rupa-rupanya adalah dadah. kerana takut ditangkap, mereka berempat membuang bungkusan yang disuruh hantar kepada pelanggan oleh bro Joe.

Perbuatan mereka itu menyebabkan bro Joe hilang pertimbangan dan menyebabkan sekumpulan pelajar kelas tingkatan 1 bersama-sama dengan guru kelas ditawan sebagai tebusan agar pihak polis membebaskannya. Ketika peristiwa ini berlaku, Shariff tercedera di kepala akibat dihentak dengan pistol oleh bro Joe. Akibat kejadian tersebut, budak-budak memenangi pertandingan musik dari KL. Kemenangan mereka disambut oleh semua termasuk ibubapa mereka. Namun tragedy menimpa sekolah mereka lagi apabila salah seorang pelajar tingkatan 1 disahkan menghidap brain tumour dan mereka terpaksa mengumpulkan tabung perubatan untuk Amran sebanyak RM150,000.00. Dato Dani menjadi orang pertama yang menderma dan diikut dengan konsert khas untuk Amran.

Apa Tengok Tengok part 1

Apa Tengok Tengok part 2

Apa Tengok Tengok part 3

Apa Tengok Tengok part 4

Apa Tengok Tengok part 5

Apa Tengok Tengok part 6

Apa Tengok Tengok part 7

Sinopsis : Awek Aku Pontianak

AWEK AKU PONTIANAK
Sinopsis :
Percintaan dua dunia berbeza... Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob (Zaharil), berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan, di bawah penyeliaan Faizal (Rashidi Ishak). Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartmen lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik, iaitu Maya (Sazzy) dan Liyana (Liyana Jasmay). Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti Pontianak mereka terbongkar.
Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh Pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran Pontianak dipejabatnya.
Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah Pontianak.
Tapi... keadaan menjadi kacau apabila datang lagi seorang lagi Pontianak; Nadia (Nurul Wahab). Datang dari Johor ke KL, semata-mata nak cari Maya. Kehadiran Nadia banyak mengucar-kacirkan kehidupan Maya, Liyana dan Bob.

awek aku pontianak part 1 [Asumodeusu]


awek aku pontianak part 2 [Asumodeusu]


awek aku pontianak part 3 [Asumodeusu]


awek aku pontianak part 4 [Asumodeusu]


awek aku pontianak part 5 [Asumodeusu]


awek aku pontianak part 6 [Asumodeusu]


awek aku pontianak part 7 [Asumodeusu]


Sinopsis : Momok jgn Panggil Aku

MOMOK JANGAN PANGGIL AKU
Sinopsis :
Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.
Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.
Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu. Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar. Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki misteri yang hanya dipanggil Abang Long. Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Abang Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. Namun kehadiran Abang Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Abang Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah didesak oleh Qaseh, Pak Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya.
Dalam perjalanan, Ramlee sekali lagi menerima panggilan dari Aziz dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Aziz yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Insiden menyeramkan muncul ketika mereka berhenti rehat di sebuah gerai di tepi lebuhraya yang mereka lalui.
Mereka sampai ke kampung Pulau Rusa Pahang menjelang subuh dan tercari-cari simpang ke rumah Aziz ketika itu mereka telah diganggu `hantu' yang mengakibatkan Ramlee dan Sudin pengsan . Hanya Qaseh yang agak berani dan cuba merakamkan imej 'hantu' dengan lensa kameranya. Abang Long juga telah ghaib entah ke mana. Menjelang pagi mereka terus mencari simpang ke rumah Aziz. Mereka berjumpa Aziz di simpang jalan dan Aziz telah menunjukkan arah ke rumahnya. Namun apabila mereka sampai ke rumah Aziz satu misteri telah terungkap...Misteri yang mengakhiri destinasi Ramlee, Sudin dan Qaseh. Siapakah Ita, Abang Long dan Aziz yang sebenarnya.....Saksikanlah cerita seram selanjutnya dengan menonton MOMOK... Jangan Panggil Aku......

momok jgn panggil aku part 1 [Asumodeusu]


momok jgn panggil aku part 2 [Asumodeusu]


momok jgn panggil aku part 3 [Asumodeusu]


momok jgn panggil aku part 4 [Asumodeusu]


momok jgn panggil aku part 5 [Asumodeusu]


momok jgn panggil aku part 6 [Asumodeusu]


momok jgn panggil aku part 7 [Asumodeusu]


Sinopsis : Flat 3A

FLAT 3A

Sinopsis :
Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.

Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Apa kaitan Fiqah dan Fatin?

flat 3A part 1 [Asumodeusu]


flat 3A part 2 [Asumodeusu]


flat 3A part 3 [Asumodeusu]


flat 3A part 4 [Asumodeusu]


flat 3A part 5 [Asumodeusu]


flat 3A part 6 [Asumodeusu]


Sinopsis : Senario Ops Pocot

SENARIO OPS POCOT
Sinopsis :
Senario The Movie Ops Pocot mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan. Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasaraya. Azli seorang yang mudah penat dan mudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun. Mazlan seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia menjadi mangsa buli rakan-rakannya. Wahid pula seorang yang pendiam dan bekerja di sebuah agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu membuatkan ketua mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA).

Tujuan utama ketua masing-masing mendaftarkan mereka adalah untuk membantu dalam mengubah cara hidup mereka. Ketika di kem motivasi tersebut, mereka turut berkenalan dengan Hairi, Bob, dan Maman. Turut sama terlibat dalamkem ini ialah Azie, Mala, dan Ann. Sepanjang penglibatan mereka dalam kem motivasi ini, mereka dilatih oleh seorang bekas pesara askar iaitu Pak Bad yang sememangnya terkenal dengan sikap bengis dan garangnya. Berbagai kisah lucu yang terjadi sepanjang penglibatan mereka menyertai kem RELA ini. Bermula dengan latihan yang teruk oleh Pak Bad serta kenakalan Bob, Maman, Ad dan Hairi sehinggalah ke bibit-bibit cinta diantara Azie, Mala, dan Ann terhadap Azli, Mazlan, dan juga Wahid. Adakah kem motivasi ini berjaya mengubah sikap mereka atau sebaliknya?

Senario Ops Pocot part 1 [Asumodeusu]


Senario Ops Pocot part 2 [Asumodeusu]


Senario Ops Pocot part 3 [Asumodeusu]


Senario Ops Pocot part 4 [Asumodeusu]


Senario Ops Pocot part 5 [Asumodeusu]


Senario Ops Pocot part 6 [Asumodeusu]


Sinopsis : Bini Biniku Gangster

BINI BINIKU GANGSTER
Sinopsis :
Manja lakonan Yana Samsudin dan Herry (lakonan Shaheizy Sam) adalah pasangan yang bahagia dengan perkahwinan mereka. Mereka sangat romantik dan saling sayang menyayang. Manja di mata Herry seorang surirumah yang rajin dan pandai melayan suami. Ada satu rahsia yang tak diketahui oleh Herry, Manja rupanya menyembunyikan identitinya sebagai Ketua Kumpulan Gangster.
Di pejabat , Herry selalu dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali dia dibuli pasti Mat Saja akan mendapat balasannya. Walaupun dah 2 tahun Herry dan Manja bernikah, namun mereka tak dapat anak , sebab Manja mengalami kecederaan di perut pasa masa lepas. Disebabkan rasa bersalah kepada suaminya, Manja dengan rela hati mencari seorang wanita lain untuk dijadikan madu atau isteri kedua Herry. Baik betul Manja Lagi satu ageda Manja untuk mengahwinkan Herry ialah kerena nak mengalihkan perhatian Herry kepada urusan lain, kerana Manja semakin sibuk setelah dijadikan Ketua Kawasan, dan kawasannya telah diganggu oleh Min Siam.

Manja melamar Reanna ( Intan Ladyana), rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Ada satu lagi rahsia, Reanna rupanya seorang gangster jugak dan mempunyai agenda tersendiri. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba -- tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam...

Bini Biniku Gangster part 1 [Asumodeusu]


Bini Biniku Gangster part 2 [Asumodeusu]


Bini Biniku Gangster part 3 [Asumodeusu]


Bini Biniku Gangster part 4 [Asumodeusu]


Bini Biniku Gangster part 5 [Asumodeusu]


Bini Biniku Gangster part 6 [Asumodeusu]


Sinopsis : Hantu Bonceng

HANTU BONCENG
Sinopsis :
Mengisahkan Amran(Johan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.

Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.

Hantu Bonceng part 1 [Asumodeusu]


Hantu Bonceng part 2 [Asumodeusu]


Hantu Bonceng part 3 [Asumodeusu]


Hantu Bonceng part 4 [Asumodeusu]


Hantu Bonceng part 5 [Asumodeusu]


Hantu Bonceng part 6 [Asumodeusu]


Sinopsis : Klip 3GP

KLIP 3GP
Sinopsis:
Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.

Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.

Lebih dari itu, Sandra satu hari telahdiperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.

Klip 3GP part 1 [Asumodeusu]


Klip 3GP part 2 [Asumodeusu]


Klip 3GP part 3 [Asumodeusu]


Klip 3GP part 4 [Asumodeusu]


Klip 3GP part 5 [Asumodeusu]


Sinopsis : Al-Hijab

AL-HIJAB
Sinopsis :
Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

Al-Hijab part 1 [Asumodeusu]


Al-Hijab part 2 [Asumodeusu]


Al-Hijab part 3 [Asumodeusu]


Al-Hijab part 4 [Asumodeusu]


Al-Hijab part 5 [Asumodeusu]


Al-Hijab part 6 [Asumodeusu]


Sinopsis : Alamak toyol

ALAMAK TOYOL


Sinopsis:
Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.

Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

Alamak Toyol part 1 [Asumodeusu]


Alamak Toyol part 2 [Asumodeusu]


Alamak Toyol part 3 [Asumodeusu]


Alamak Toyol part 4 [Asumodeusu]


Alamak Toyol part 5 [Asumodeusu]


Alamak Toyol part 6 [Asumodeusu]


Sinopsis : Libas

LIBAS
Sinopsis :
LIBAS merupakan sebuah kisah perebutan bola raga pusaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah jatuh ke tangan negara jiran, Thailand. Raja Libas berusaha bagi mendapatkan semula bola raga pusaka dipertandingan “Libas" yang merupakan satu pertandingan atau pertarungan sepak takraw yang diadakan secara unik dan bersifat brutal serta menggabungkan kepakaran seni mempertahankan diri dan skil sepak takraw itu sendiri.

Lantaran itu Raja Libas terpaksa mencari muka-muka baru untuk dilatih bagi menentang pasukan lawan dan seterusnya memastikan supaya maruah negara dapat ditebus semula. Pencarian Raja Libas membawa kepada penemuan Hamidi seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa. Bagi melengkapkan 3 pemain, maka Megat telah menawarkan diri.

Dalam masa yang amat singkat Raja Libas terpaksa menurunkan segala ilmu tentang LIBAS kepada Hamidi dan Ku Mok yang masing-masing tidak tahu langsung bermain sepak takraw.

Menjelang perlawanan pelbagai kejadian menimpa pasukan negara didalam memastikan kemenangan. Pasukan negara terpaksa bermain dengan 2 pemain apabila salah seorang dari pemain mereka tersingkir. Pasukan negara jiran menggunakan teknik berbisa sehingga pasukan negara mengalami kecederaan parah sewaktu perlawanan akhir.

Disamping sedang menghadapi masalah tentang pertarungan sepak takraw, Raja Libas juga terpaksa memikirkan konflik percintaannya dengan Ratna. Apakah yang bakal terjadi kepada Raja Libas dan pemain-pemainnya? Bagaimanakah kesudahan konflik percintaan diantara Raja Libas dan Ratna?

Libas part 1 [Asumodeusu]


Libas part 2 [Asumodeusu]


Libas part 3 [Asumodeusu]


Libas part 4 [Asumodeusu]


Libas part 5 [Asumodeusu]


Libas part 6 [Asumodeusu]


Libas part 7 [Asumodeusu]


Sinopsis : Raya Tak Jadi

RAYA TAK JADI
Sinopsis :
Leo seorang ahli perniagaan Kurma telah merancang untuk menculik Penyimpan Mohor Besar Raja raja, Hj Ehsan (lakonan Jalaludin Hassan). Dia merancang begitu sebab kontena kurmanya tidak sampai seperti yang diharapkan dan dia mengalami kerugian. Jadi Leo telah mengarahkan pekerjanya Ali dan Abu menculik Hj Ehsan. Mereka berjaya menculik Hj Ehsan tapi tertukar teksi dengan teksi Shuib (lakonan Apek saiful).

Shuib ada seorang adik namanya Bob (lakonan Johan raja lawak) mereka berdua telah terjumpa Hj Ehsan dalam boot teksi yang disangka mayat Hj Ehsan. Namun akhrnya mereka sedar Hj Ehsan tidak mati lagi.

Abu dan Ali kemudian berjaya menjejaki teksi Shuib dan mereka mula merancang dan menculik ibu dan adik Shuib. Leo meminta wang tebusan dari Hajah Nisah (lakonan Noreen Noor) sebelum melepaskan ibu dan adik Shuib. Polis berjaya memberkas Leo dan pekerjanya semasa mereka bertukar wang dan tebusan.

Bila hari raya tiba, Shuib dan ibu serta adik beradik rasa sedih sebab mereka ni orang kurang berada, persiapan raya pulak tetap sama macam tahun2 lepas, dan serba kekurangan. Namun sambutan raya kali ni bertukar jadi meriah apabila Hj Ehsan dan keluarga datang menziarahi mereka dan membawa pelbagai hadiah sebagai membalas jasa baik Shuib dan Bob yang telah berjaya menyelamatkan dia. Shuib dan Bob akhirnya menjadi pekerja Hj Ehsan. Tamatttt...

Raya Tak Jadi part 1 [Asumodeusu]


Raya Tak Jadi part 2 [Asumodeusu]


Raya Tak Jadi part 3 [Asumodeusu]


Raya Tak Jadi part 4 [Asumodeusu]


Raya Tak Jadi part 5 [Asumodeusu]


Raya Tak Jadi part 6 [Asumodeusu]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Blog

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies