Cerite Melayu
this site the web

New Movies

image
image
image
Sedalam mana luka itu, aku tetap memaafkanmu. Kerana aku tahu,aku juga tidak sempurna untuk menyempurnakan hidupmu. hampirilah aku, jika saat itu, kau perlukan aku. Kerana aku sedia disini untuk menemani mu, mendengar resahmu, menangisi lukamu. maafkan aku kerana tidak mampu memenuhi segala isi ruang hatimu yang amat membutuhkan aku. seikhlas hatiku menerima mu dalam hidupku. kerana hidupku tak lengkap tanpa mu disisi.

Sinopsis : Chantek

Chantek
Sinopsis :
AD, seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan. Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan.

Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta. Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya.

CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri. Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali?

Chantek part 1

Chantek part 2

Chantek part 3

Chantek part 4

Chantek part 5

Chantek part 6

Sinopsis : Cinta Kura-kura

Cinta Kura-kura
Sinopsis :
Cinta Kura-Kura filem komedi romantis yang menceritakan kisah Nani, gadis berusia 21 tahun, dan haiwan peliharaannya kura-kura unik, Nico. Nico unik kerana dia adalah dari jenis Green Crown Sea Turtle … tetapi yang lebih penting, Nico mempunyai keupayaan untuk bercakap dengan manusia, jika dia memilih untuk berbuat demikian.

Kisahnya bermula bila Nani dan adiknya Amin berpindah. Nani telah mula jatuh cinta dengan Adam seorang ahli muzik dan merupakan jiran barunya. Keadaan ini telah membuatkan Nico membuat perancangan mensabotaj usaha Adam untuk menarik Nani. Segitiga cinta berkembang apabila penyelia kedai haiwan peliharaan kegemaran Nico, Fadzly cuba untuk mendekati Nani. Walau bagaimanapun tanpa diketahui semua, Fadzly mempunyai niat dan matlamat untuk menangkap dan menjual Nico ke restoran makanan eksotik. Saksikan nanti watak animasi Nico yang ceria, kelakar dan pastinya menyeronokkan terutamanya kepada golongan muda.

Cinta Kura-kura part 1

Cinta Kura-kura part 2

Cinta Kura-kura part 3

Cinta Kura-kura part 4

Cinta Kura-kura part 5

Cinta Kura-kura part 6

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai Blog

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies